Diploma Pengajian Islam & Bahasa Arab

DPIBA . MQA/PA 17159

Pengenalan Kursus

Program Diploma Pengajian Islam & Bahasa Arab dirangka untuk memberi pendedahan terhadap ilmu pengajian Islam yang tulen dan memelihara keaslian serta membina sikap kreatif bagi mempersiapkan bakal dai’e memasuki profesion atau bidang pengajian Islam yang semakin mencabar.
Lulusan program ini berpeluang menjadi guru di sekolah kerajaan ataupun swasta, motivator, pendakwah, imam masjid, pegawai hal ehwal Islam, panel syariah serta bidang lain yang bersesuaian.
Selain itu, lulusan Diploma Pengajian Islam & Bahasa Arab dapat meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang berkaitan yang sedia ada di IPTA & IPTS.

Objektif Program

  • Melahirkan bakal dai’e yang berjiwa murobbi, kompeten, berkemahiran, dan komited dalam mengajarkan ilmu yang berteraskan pengajian Islam.
  • Memberi pendedahan ilmu pengajian Islam dan kemahiran serta mempersiapkan bakal graduan bagi mendepani cabaran masa kini.
  • Mengaplikasi kemahiran kognitif terhadap prinsip umum atau kaedah-kaedah asas Bahasa Arab dengan betul pada tahap pertengahan.
  • Menunjukkan inisiatif peningkatan diri untuk melanjutkan pelajaran, bekerja atau melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
  • Menonjolkan etika dan professionalisme dalam organisasi.

Syarat Kelayakan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian
    dalam 3 mata pelajaran dan lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau salah satu
    mata pelajaran Pengajian Islam; atau
  • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 3 mata pelajaran dan
    lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian
    Islam; atau
  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
  • Lulus Sijil Pengajian Islam atau bidang berkaitan (Tahap 3, KKM) dengan mendapat
    sekurang-kurangnya PNGK 2.0; atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-
    kurangnya gred C (PNGK 2.0) dalam 1 mata pelajaran; dan
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (pangkat Maqbul); atau
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Prospek Kerjaya

Graduan Program Diploma Pengajian Islam & Bahasa Arab Baitussaadah (DPIBA) memiliki peluang kerjaya di pelbagai jabatan dan institusi sama ada dalam kerajaan atau swasta. Antara jabatan dan institusi yang bersesuaian untuk graduan Diploma Pengajian Islam & Bahasa Arab Baitussaadah (DPIBA) bekerja ialah seperti:

  • Jabatan Agama Islam
  • Jabatan Kehakiman Syariah
  • Institusi Pendidikan
  • Institusi Dakwah

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma Pengajian Islam & Bahasa Arab Baitussaadah (DPIBA) merangkumi:

  • Pendidik
  • Pendakwah
  • Penterjemah
  • Penulis
  • Pengkaji
  • Penyunting
  • Journalism, Broadcasting and Media
  • Pemandu Pelancong

Peluang Melanjutkan Pengajian

Graduan Diploma Pengajian Islam & Bahasa Arab Baitussaadah (DPIBA) berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS dalam bidang pengajian Syariah, Undang-undang atau mana-mana bidang pengajian Islam yang lain seperti Usuluddin, Al-Quran & As-Sunnah dan Dakwah serta mana-mana bidang pengajian yang menerima kelayakan diploma ini.

Semester

Semester 1
  • Fiqh Al-Ibadat
  • Pengantar Bahasa Arab
  • Penghayatan Etika dan Peradaban
  • Bahasa Melayu Komunikasi 1
  • Asas Akidah DIS 1133 Major 3
  • Basic Computer Concept
Semester 2
  • Bahasa Kebangsaan A
  • Business Etiquette
  • Tasawuf Islami
  • Tajwid dan Hifz Al-Quran 1
  • English Proficiency 2 3
  • Ulum Al-Quran 1 3
  • Ulum Al-Hadith 1
Semester 3
  • Usul Fiqh
  • Professional Ethics in Malaysia
  • Hifz Al-Quran 2
Semester 4
  • Adab dan Nusus
  • Dirasat Sorfiyyah
  • Fiqh Al-Mawarith
  • Sejarah dan Sanad Ulama Melayu
  • Fiqh Muamalat 1
Semester 5
  • Tamadun Islam
  • Arudh dan Qafiah 3
  • Dirasat Nassiyyah Fi Ilm-An-Nawawi
  • Firaq
  • Ulum Al-Quran 2
  • Ulum Al-Hadith 2
  • Fiqh Muamalat 2
Semester 6
  • Balaghah
  • Tafsir Ayat Ahkam
  • Entrepreneurship
  • Fatwa dan Isu-isu Semasa
Semester 7
  • Industrial Training
Ketua Program

Mohamad Aizuddin bin Anuar

izzdsp7@gmail.com

MYR 25,928

Informasi

Diploma

}

2 Tahun 6 Bulan

93 Kredit

v

Bahasa Malaysia, Inggeris & Arab

logo baitussaadah

Baitussaadah Education Group

Hubungi Kami

B1-3A-1 Jalan Tekenologi PJU 2/1C

Signature Park, Seksyen 2

Kota Damansara, 47810

Petaling Jaya, Selangor

kptia.baitussaadah@gmail.com

(6)011 2603 7327 / (6)011 1624 8227

Pautan Pantas

Kenali KPTIA

Diploma Pengajian Islam & Bahasa Arab