Kenali Kami
Bangunkan Jiwa Dengan Ilmu & Amal
Baitussaadah Education Group komited dalam membantu rakyat Malaysia, mencari ilmu Islam yang sebenar melalui pengajian secara bertalaqqi & bersanad.
Kami mengutamakan keperluan asas umat Islam dalam memahami ilmu agama dengan mendahulukan ilmu yang wajib dipelajari ke atas setiap mukallaf melalui ilmu Fardhu Ain. Ini membolehkan umat Islam menjalani dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar melalui ilmu & amal supaya menjadi insan yang bertaqwa.
Matlamat besar kami adalah menyebarkan ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah berteraskan ulama salaf dan khalaf, dalam akidah, fiqh, dan tasawwuf supaya mencapai kebahagiaan di dunia dan keselamatan di akhirat.
Sejarah Kami
Kami berpengalaman dalam memberikan pendidikan untuk pelbagai lapisan peringkat umur bermula dari pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, dan peringkat universiti. Melalui kepelbagaian gabungan ini, kami berkembang melahirkan ramai dai’e yang meneruskan perjuangan menyebarkan ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah ke seluruh tanah air.
Bagaimana kami boleh membantu anda?
Daftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Membolehkan pelajar mendaftarkan diri untuk peperiksaan seperti PSRA & STAM.
Kolaborasi bersama Innovative University College
Penyediaan Program Diploma Pengajian Islam & Bahasa Arab untuk pengajian peringkat tinggi.
Penyediaan pendidikan dalam pelbagai tahap
Program yang pelbagai sesuai dengan tahap umur bermula dari pra-sekolah hingga warga emas.
Kerjasama dengan pelbagai pihak
Kerjasama dengan badan berautoriti seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti, badan kerajaan, pihak berkuasa, badan berkanun, & NGO.
Kelulusan pengajar bertauliah & bersijil
Tenaga pengajar memliki pengiktirafan pelbagai peringkat pengajian bermula ijazah sehingga Doktor Falsafah, serta memiliki tauliah mengajar dari Jabatan Agama Islam Negeri.
Baitussaadah Education Group
Hubungi Kami
B1-3A-1 Jalan Tekenologi PJU 2/1C
Signature Park, Seksyen 2
Kota Damansara, 47810
Petaling Jaya, Selangor
kptia.baitussaadah@gmail.com
(6)011 2603 7327 / (6)011 1624 8227
Pautan Pantas
Kenali KPTIA
Diploma Pengajian Islam & Bahasa Arab